Nanurinos : June 2011

09 June 2011

Teka-teki Imam Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia? 

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia? 

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

benarlah jawapan-jawapan yang diberi oleh Imam Ghazali benda yang paling dekat dengan kita adalah mati. Semakin bertambah umur kita, semakin dekat detik kematian itu menghampiri dengan kita. cuma kita sebagai manusia tidak tahu waktu,tempat, serta keadaan kita ketika itu.. Adakah dalam keimanan? InsyaAllah, semoga kita tergolong dengan golongan yang mendapat pengakhiran yang baik ataupun husnul khotimah iaitu, orang yang pergi dalam keimanan..

masa lalu pula paling jauh dengan kita kerana apabila masa itu berlalu, ia tidak akan kembali lagi. oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam seharusnya lebih baik dari semalam, esok pula lebih baik dari hari ini. benda yang paling besar pula adalah nafsu kerana disebabkan nafsu juga lah kita melakukan pelbagai perkara yang boleh mengheret kita ke arah jahanam. contohnya disebabkan nafsu, berlakunya maksiat, disebabkan nafsu juga berlakunya pembaziran dan sebagainya.

perkara yang paling ringan pula ialah meninggalkan solat. kita boleh lihat umat Islam kini terutamanya anak-anak muda, apabila kita membuat survey di sekolah-sekolah, siapa yang pernah tinggalkan solat, kebanyakan antara mereka mengakui yang mereka tidak tunaikan solat. bukan itu sahaja, golongan yang telah bekerja juga begitu, mereka hanya sibuk mengejar urusan dunia sehingga lupa tujuan mereka diciptakan diatas muka bumi ini .

perkara yang paling berat pula adalah menanggung amanah. sekarang kita dapat lihat banyak penyelewangan yang berlaku dalam kalangan para pekerja dan lebih menyedihkan berlaku di kalangan umat Islam sendiri. dahlah amanah sebagai khalifah di muka bumi ini tak dipikul dengan baik, amanah mereka sebagai pekerja, sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan kewangan orang lain dan sebagainya juga tak dipikul dengan baik.. kenapa jadi begini? sedangkan mereka tau perkara tersebut merupakan satu kesalahan..

dan yang terakhir adalah benda yang paling tajam.. iaitu lidah..lidah manusia memang sangat tajam kerana dengan lidah boleh mmecah belahkan suasana yang harmoni, mengadu domba, menfitnah, berbohong dan sebagainya. sebab itulah di akhirat kelak seluruh anggota badan akan menjadi saksi atas perbuatan kita kecuali lidah..

Wallahua'lam..


petikan nih aku copy & paste dari sini

puding marble

percubaan pertama saya menjadi*ayat skema*akhirnye aku telah berjaya membuat Puding Marble.puas cari kat belog2.kat google..youtube..

tak cantik kan?
tak kemas kan?
ha ha ha
percubaan pertama
sok luse aku try lagi eh..
(T__T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nanurinos Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign