Nanurinos : February 2012

14 February 2012

hanya tinggal kenangan

kata-kata nabi SAW : Raihlah apa yang bermanfaat bagimu , minta tolonglah kepada allah , dan jangan bersikap lemah .

Ya Allah . . 
 berilah hambamu ini peluang sekali lagi . berilah hamba mu ini peluang untuk mengembirakan suami  yang baik itu dengan hadirnya zuriat kami . 

Ya Allah . . 
gembirakan lah hati ibuku 
pulihkanlah kesihatannya 
jangan beri ibuku sedih kerana aku

Ya Allah . . 
sesungguhnya , terlalu kuat dugaan mu
bantulah aku
bimbinglah aku ke jalan mu

Ya Allah . . 
jauhkanlah aku dari 
sikap prasangka buruk
sikap mencari-cari keburukan dan kesalahan
sikap menfitnah
jauhkanlah


Ya Allah . . 
jangan biarkan sesuatu dugaan itu sampai membunuh kepekaan 
kekuatan
dan semangat ku 

Ya Allah . . 
ampunkanlah dosaku
terimalah taubatku
kepada mu aku berserah

Ya Allah . . 
hanya engkau yang memahami isi hati ku
hanya engkau yang maha mendengar
hanya engkau maha berkuasa
aku bermohon kepada mu, ya allah .

amin ~
Allahu Akbar












semua tinggal kenangan . moga satu hari nanti aku di beri peluang yang sempurna


Alhamdulillah . . kehilangan di sambut dengan kelahiran .

 Muhammad Nor Zarif Bin Norjasman
<anak angah>

Raihlah apa yang bermanfaat bagimu ! kalaupun manfaat yang masih mampu di petik tidak seberapa jumlahnya ,tidak mengapa . Raihlah ! lebih baik anda meraihnya daripada anda terus kehilangannya .


Ya Allah , berikan aku petunjukmu ~

09 February 2012

KEGUGURAN KALI KEDUA

ASSALAMMUALAIKUM..


alhamdulillah , aku masih di beri peluang untuk menulis di belog yang semakin banyak sawangnye ! mood menulis kembali lagi , sekadar ingin ber kongsi bersama kawan2 siber =)


setelah hampir 3 bulan mengandung , aku keguguran sekali lagi . . kali nih lebih sakit . nak jalan pun perut nih rasa sakit , berdenyut-denyut , pedih , rase usus kat perut nih macam di tarik-tarik . . sejak awal mengandung memang dah ade masalah . perut terlalu sakit , bila scan hanya nampak SARUNG or KANTUNG je . . takde janin , takde denyutan nadi . kosong . . tiap kali scan , rase macam nak meraung je , kenapa jadi camni ? kat mana silap aku ? ape lagi yang kurang ? tapi nih semua takdir ALLAH . . banyak klinik pegi , banyak hospital pegi . keputusannye sama je . menangis la . menangis la sepuas hati ketika nak tido . . .


***********


. . start dari week 8 hingga week ke 12 . . 


***********


mula dari 01/02/2012 pendarahan dah terjadi . .4 / 02 / 2012 ketika maghrib , sakit perut lain macam . tak sama macam  senggugut . benarlah kata doktor di hospital kluang 2 , 3 kali ganda lebih sakit dari senggugut . ya ,inilah masanya . . .masanya untuk gugur kali kedua . . aku cuba layan sakit nih sebaik mungkin . kerap pegi bilik air . sedih bila tengok ape yang keluar . takpe la . mungkin aku boleh bertahan lagi . . bila subuh datang , sakit tak bole nak layan lagi . keluar masuk bilik air , muntah merata tempat . terbaring sana sini . . memang dah tak tahan . . terus pegi hospital . dalam perjalanan , boleh pulak pakcik polis tahan sebab incik suami bawak laju katanye . cepat la . cepat la. tak tahan dah nih . nak muntah ,nak membuang , nak kencing .macam2 rasa ade nih . alhamdulillah ,pakcik polis memahami , bile tengok muke aku pucat sambil menggigil-gigil . 
  
***********
sampai hospital , masuk bilik emergency , terus kena cucuk sebab nak masuk air . tapi sakit bertambah-tambah bila tempat yang di cucuk tu tak keluar darah . diorang gengam tangan aku sambil ketuk2 . . ya allah , sakit tak terkata la . korang dah lah lelaki , korang tak perasan ke aku ni perempuan ? ketuk tangan aku macam ketuk kayu  pulak . sakit wooo . 


***********
naik kerusi roda , masuk wad . kena cucuk lagi . . cucuk kat tangan kiri kanan , darah tak keluar lagi . adoooi . . tak  sempat nak baring kat katil , doktor dah ready nak scan . aku mengharap doktor scan menggunakan alat scan kat perut . . sebab bila doktor scan kat perut , aku boleh relax , boleh tanye doktor itu ini . .


gambar google.com

tapi hampehhhh . . doktor scan menggunakan alat masuk dari bawah . . dah la tengah sakit , masuk pulak benda alah nih .. periiiitnye jangan cakap la . . tengok dinding sambil mengucap . . . zikir . . 

gambar google.com



gambar google.com

sebelum nak scan , doktor dah masuk kan alat nih untuk bersihkan darah di laluan rahim . . 

tengok je dah seram .nih kan pulak nak masukkan ? ? sebenarnye , bila alat nih nak di masuk kan ke dalam rahim ,kita mestilah dalam keadaan relax dan jangan angkat punggung ,kita takkan rase sangat bila alat nih di masukkan .tapi di sebabkan aku sedang menahan sakit yang ter amat sangat mase tu , di tambah lagi bila doktor masukkan alat nih dalam rahim aku . tak boleh nak relax2 dah . memang menangis la . . . kaki dah ringan je nak sepak2 orang . huhuh =( lebih kurang 10 minit , doktor keluarkan alat scan tu , sambil cakap " scan nih rosak la , tak nampak ape pun " haa? ko giler ke ape doktor ? ko dah sedap2 masukkan alat tu tanpa belas kasihan ,ko cakap rosak pulak ? dari tadi taknak pulak ko cakap rosak ? ko tau tak isi perut nih rase mcm nak terburai dah ? ko tak nampak darah dah banyak ? ko tau tak aku malu bile terka****** depan ko ?  sabar .. sambil melihat dinding lagi .


***********


Next scan kat bilik pakar pulak . sekali lagi doktor menggunakan scan dari bawah , alhamdulillah .doktor cakap semua dah turun habes . . tak perlu masuk ubat tak perlu cuci . cuma perlu makan antibiotik . terima kasih doktor ! syukur ~


***********


Terima kasih kepada incik suami HASNIZAM HASHIM kerana sudi teman aku di bilik air , terima kasih lagi kerana sudi angkat isteri mu yang berat nih bila terbaring di kaki lima . terima kasih jugak pada pakcik polis , kerana tak saman incik suami  walaupun incik suami bawak keta laju sesubuh hari di sebabkan tergesa-gesa nak gi hospital . mintak maaf kepada cik manager UCHIHA LISASUKE ,sebab asst banyak cuti keja dan terima kasih  sebab sudi teman saya pegi klinik . terima kasih kepada cik kazen with her mom , kerana ambil berat tentang saya . terima kasih pada kawan-kawan yang sudi bertanya khabar . . ooohhh terlalu banyak terima kasih yang tidak terhingga . . . sayang korang semua  . . 




terima kasih incik suami . alhamdulillah , buku nih dapat membantu aku muhasabah diri

YA ALLAH , BERILAH PAHALA ATAS MUSIBAHKU DAN BERILAH GANTI UNTUKKU YANG LEBIH BAIK DARIPADA MUSIBAH ITU .AMIN ~

 semua takdir ALLAH ,tak perlu mempertikaikannye , pasti ade yang terbaik untuk aku suatu hari nanti . amin ~

berusaha tabahkan hati , senyum . . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nanurinos Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign