Nanurinos : PENGEDAR SHAKLEE KLUANG : SET VITAMIN KESUBURAN SHAKLEE

20 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KLUANG : SET VITAMIN KESUBURAN SHAKLEE

Dah lama kawen tp belum ade rezeki anak?atau dah ade anak,nak tambah anak sorang lagi tp belum berjaya?saya cadangkan ambillah suppliment shaklee . Set Kesuburan Shaklee adalah salah satu ikhtiar ye bukan janji tapi insya’allah berhasil.

Hari ni terpanggil nak buat sikit penelitian tentang set kesuburan Shaklee.sebab dulu ade orang kata saya tak subur sebab kerap keguguran.issshh tak baik taw cakap gitu,itu kan rezeki dari allah.

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?

-Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
-Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
-Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
-Meningkatkan kiraan sperma.
-Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
-Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
-Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
-Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan. 

•Vita Lea

Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dari dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.



•B Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). 


•Vita C
Memiliki kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.


•Alfalfa

Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.Selain itu alfalfa juga bertindak sebagai pelincir.


•Vita E

Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

•GLA Complex

Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.


•Zinc Complex

Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.


•Coq Health

Coq10 boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang mana telah terbukti untuk menghasilkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan bilangan sperma, pergerakan sperma dan kualiti sperma dan Coq10 juga boleh membantu untuk meningkatkan kualiti ovum pada isteri.

.
Set Cadangan :
1 Vita Lea,b complex,vita e,zinc,gla,alfalfa, vita c
2 Esp,Gla,alfalfa,vita e,zinc,coq health
3 Gla,alfalfa,vita e,zinc
4 Gla dan Zinc
Antara Set Kesuburan Yang Menjadi Pilihan Ramai Pasangan

Tips:
Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan Jagalah pemakanan seperti jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan.suami dan isteri perlu amalkan ya!Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha jadi Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Banyakkan istigfar dan bersedekah kerana Allah Maha Pemberi!



Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 0127995298 email : nanurinos@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nanurinos Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign