Nanurinos : September 2015

12 September 2015

PENGEDAR SHAKLEE KLUANG:PROMOSI ESP SHAKLEE UNTUK KULIT SIHAT DAN CANTIK


šŸŒ¼hai wanita wanita cantek sekalianšŸŒ¼

Nak kulit kekal sihat dan cantik?nak tak kulit kurang berminyak,jerawat cepat kecut,kelihatan cerah?jangan risau,nurin boleh bantu wanita wanita untuk cantik dan sihat! bulan ni shaklee promo esp taw,ape kata try set kecantikan basic dr shaklee.semestinya ESP + VIT C..jangan risau,shaklee adelah natural produk..nurin janji kakak kakak sekalian tak kan menyesal!

khasiat vit C:
✨ Merangsang pembentukan kolagen
✨ Menguatkan immune sistem
✨ Membantu mengekalkan kulit yang awet muda
✨ Mengatasi masalah insomnia
✨ Mencegah jangkitan penyakit mudah berjangkit seperti demam, flu
✨ Memperbaiki sistem pendarahan
✨ Merendahkan dan mengawal masalah tekanan darah tinggi
✨ Mencerahkan kulit secara semula jadi
✨ Memberikan tenaga
✨ Membantu penyerapan iron
✨ Mengekalkan kolestrol yang sihat
✨ Meningkatkan metabolisme dan membantu mengekalkan berat badan ideal
✨ Mengelakkan katarak
✨ Mengawal masalah kulit berminyak
✨ Mengecilkan pori muka
✨ Membantu melindungi badan dari radikal bebas
✨ Mengurangkan paras asid untuk pesakit gout
✨ Mengawal paras gula dalam darah

khasiat ESP:
esp merupakan Protien penting utk hilangkan parut.. Parut adalah sel mati yg tidak dpt dihilangkan selagi tiada sel baru yg sihat utk menggantikannya

✨Membantu menghilangkan jeragat dan parut di muka (parut jerawat juga)
✨Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
✨Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan 
✨Memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara 
✨ Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
✨ Bertindak sebagai antioksidan
✨ Memudarkan parut
✨ Membantu pembentukan sel-sel baru.


Set Kecantikan Basic


#‎shakleekluang‬ ‪#‎pengedarshakleekluang‬ ‪#‎espshaklee‬ ‪#‎promosishaklee‬ ‪#‎shakleemalaysia‬ ‪#‎shaklee‬ ‪#‎shakleemurah‬

Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com

10 September 2015

PENGEDAR SHAKLEE KLUANG : KAMPUNG TANPA WAYAR & NETBOOK 1 MALAYSIA



Arghhh lama rasa tak bersiaran ni, bukanlah bizi beno,tapi macam tak berkesempatan. Semalam, pagi-pagi dah terpacak depan ghumah orang.semata-mata nak check signal kampung wifi (KTW). Berpeluh-peluh cari tiang satu kampung..zon 3 la zon 5 la..zon 8 la..harap2 kerja keras semalam dapat turun 10 kilo lomak! Pukul 12 berlari-lari anak ke tadika,adik-adik chumel sedang menunggu kakak2 gojess datang bawak netbook kegemaran mereka.Alhamdulillah,tanggungjawab terlaksana dengan jayanye..Hari ni kite belajar tulis nama menggunakan Microsoft Word..macam-macam ragam..macam-macam perangai pon hadoo..


Kakak huruf Y kat mane?
Huruf Y ade kat keyboard sayanggg

Cikgu nak padam macamana?
Tengok ni,ade anak panah backspace,okey ni untuk padam..(2 minit lepas tu die tanye soalan yg sama)

Teacher huruf Q tak de..
huruf Q ade tu,tak lari mane pon..cuba cari kat keyboard..ade kannn

Kakak tengokk die bawak mainan gi sekolah..
takpe,budak pandai memang camtu..awak nak pandai esok bawak mainan okey!

Kakak die Tarik seluar kite..
hahaahah..kakak gelak goling-goling..cepat Tarik rambut pulak

Kakak huruf kecik macamana..
Capslock sayangggg

Hepinye kakak,awak semua buat hidup kakak2 gojes huru hara selama 1 jammm.. next 2 week kite jumpe lagi ye.. Esok lusa kalau hakak di beri peluang jadi cikgu tadika..confirmmmm hakak tak nakkk dik oii..kang hilang tahap kesabaran yang semakin menipiss. Nanti makpak budak2 datang serang i..kihkih ..Medina pun selalu kena cooooobit dengan mama tawwww.. untungnyaa budak zaman sekarang..barang-barang semua canggih..nak tepon makpak sediakan..nak netbook,pap hakak letak depan mata..Bestkan Bestkan?? dulu hakak nak pegang kakulator pon susah dik..hehe.. Okey Janji taw,Belajar rajin-rajin! semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat..ameeenn.




Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 
email : nanurinos@gmail.com

CARA CLAIM INSURANS - CERMIN KERETA BELAKANG PECAH

6 September 2015

Hari ahad lepas,mak upah seorang jejaka untuk mesin rumput keliling rumah..awal-awal pagi dah datang nak mesin rumput..dalam hati berkata-kata “awalnye,bagus jugak die ni” sebelum die mesin rumput tu,suami tanye die,samada nak keluarkan kereta dari parking ke tak.. “ keluarkan yang ni je(merujuk kepada kereta suami),yang lagi 1 tak payah sbb tak mesin kawasan situ” yang lagi 1 tu,kereta mama medina lah yang di maksudkan..okey kami pun mengikut arahan,keluarkan kereta suami je..kereta lagi 1 duduk diam2 dalam parking.

1 jam lepas tu,mak tengok si jejaka dah kemas-kemas mesin..mybe kerja dah siap..mak siap2 bagi upah..then si jejaka tu pun blaaa.. bile suami dah setel masukkan kereta beliau,elokkk je die cakap “maa,cermin belakang viva PECAAAH” cakap sambil senyum2,ingatkan memain..gurau2 manja..tapi hati ni rasa tak sedap..baik2 nak pegi berak,terus tak jadi..pegi luar,tengok cermin belakang anddd yessss..bukan gurauan yang cuba di sampaikan..MAKKKKKKKKKKKK TENGOK NI!! Bermulalah episode membebel dan memekak…Pong pang pong…dari luar rumah,sampai ke ruang tamu,sampai ke dapur,sampi ke toilet i membebel…sape nak ganti?sape nak bayar?ingat murah ke? Camner nak gi keja esok?nak tukar cermin kat kedai mana?hari ahad mane ade kedai bukak? Tak pandai mesin rumput ke ape? eeeee Rasa nak tumbuk je muka die !! nak mintak ganti rugi jugakkkk..ganti! ganti!ganti!. blaaa blaa blaaa..biaselah perempuan..kalau marah,semua die hembusss..nasiblah sape yang duduk berhampiran..kena pekakkan telingaaaa…



Penat membebel Sampai tertido..ahahaha..bangun2 dari tido,suami cakap “relax la,ada hikmah.allah nak bagi rezeki yang hebat tu..kan boleh claim insurans”  aik macamana mane boleh lupe ade amek insurans untuk cermin! Haiyaaaa sepantas kilat cari covernote..fotostat geran,ic dan lesen..siappp..Esok dah boleh claim!

Rupanya nak claim insurans untuk cermin kereta tersangat lah mudah..semudah ABC,semudah one two three..hehee..Just siapkan dokumen [covernote, geran kereta ,ic dan lessen – Fotostat] nanti tokey kedai bagi borang untuk sign2..tunggu dalam masa 1 jam..taaraaaa ..cermin siap di pasang! Uolsss cermin belakang lagi mahal dari cermin depan ye..hari tu total semua RM450.00 my insurans just cover RM400 je,then baki rm50 kena tambah duit sendiri. So next time kena cover lebih sikit untuk cermin..

bawak kereta sambil tersenyum,feeling lain..macam bawak kereta baru.

kedai ni servis TIP TOP,tokey pon ramah


Berminat nak jana income dengan Shaklee? Nak ada bisnes side income yang mampu jana 3-4-5 angka? Tiada yang mustahil bersama Shaklee. Hubungi saya ; Telefon : 012.799.5298 email : nanurinos@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nanurinos Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign